Sunday 1 July 2012

Pengenalan IIC

Nabi bersabda “Muslim itu saudara bagi muslim (yang lain) beliau tidak menzaliminya dan tidak (pula) menipunya. Sesiapa yang menunaikan keperluan saudaranya Allah akan menunaikan keperluannya. Siapa yang melapangkan kesusahan dari seorang muslim, Allah akan melapangkan kesusahan dari kesusahan-kesusahan akhirat” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).


Islamic Information Centre (IIC), merupakan salah satu unit dibawah ABIM negeri Sabah, ditubuhkan bertujuan menyedia, memberi serta menyalurkan maklumat mengenai asas-asas kefahaman Islam kepada masyarakat Islam amnya dan khususnya saudara baru di negeri Sabah.  Di bawah IIC, pelbagai program dirancang bagi memberi pengisian ilmu serta maklumat berguna kepada masyarakat dan saudara baru dalam meniti kehidupan beragama yang lebih sempurna. 


       IIC beroperasi sementara dipejabat ABIM Sabah dengan memberi khidmat bimbingan, kauseling dan pencarian maklumat. Dilapangan dakwah, IIC turun ke kawasan pendalaman di kampong-kampong yang terpilih dengan majority penduduknya adalah mualaf. Selain memberi panduan asas serta menguji kefahaman tentang Islam, program yang dilaksanakan juga menyediakan ruang berdialog dan kerjasama berterusan agar hubungan berkekalan serta maklumat dan perkembangan saudara baru diketahui dari semasa ke semasa.

Sehingga kini beberapa kawasan pendalaman yang telah diharungi bagi bertemu dengan Saudara Baru, telah memberi sedikit sebanyak pengalaman dan input-input berguna untuk IIC bergerak lebih berstrategik serta berkesan dalam menyampaikan informasi mengenai Islam. Sambutan terhadap program yang di anjurkan ini amat menggalakkan dan memberangsangkan. Permintaan untuk terus IIC berprogram dan berkongsi ilmu serta menghidupkan budaya ilmu, oleh penduduk kampong amat tinggi sekali, ini menunjukkan mereka sungguh memerlukan bantuan dan dahagakan ilmu. Namun keadaan dan kemampuan IIC untuk bergerak agak terbatas kerana kenkangan kos dan masa yang terhad. Oleh itu pihak IIC cuba mencari penyumbang dana bagi kami membiayai projek ini demi manfaat masyarakat Islam jauh di pendalaman.


Semoga usaha murni ini mendapat sokongan berterusan dari semua pihak dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan seruhan Al Quran agar bantu membantu mengerjakan Kebaikan dan Ketakwaan. Usaha ini diharapkan memberi impak kepada peserta, dan berkesinambungan agar Islam terus diamal dalam kehidupan seharian.  




OBJEKTIF IIC

a.   Menubuhkan sebuah pusat informasi kepada masyarakat sekitar mengenai Islam dan isu-isu yang berkaitan.

b.   Memberi perkhidmatan bimbingan dan kuanseling kepada yang memerlukan khusus dalam perkara berkaitan pemahaman keagamaan.

c.   Memberi ruang dan peluang kepada penduduk luar bandar mendapat kelas-kelas bimbingan agama secara percuma, serta menghidupkan budaya ilmu dikalangan masyarakat.                                                    

d.   Memberi kesedaran dan pemahaman beragama dikalangan masyarakat Islam (saudara baru) serta menjadikan amalan harian berpandukan ajaran Islam.

e.   Mendapatkan maklumat dan data asas mengenai kefahaman serta keperluan saudara baru di kawasan.


0 comments:

Post a Comment

image

Lorem ipsum dolor sit

Aliquam sit amet urna quis quam ornare pretium. Cras pellentesque interdum nibh non tristique. Pellentesque et velit non urna auctor porttitor.

image

Nunc dignissim accumsan

Vestibulum pretium convallis diam sit amet vestibulum. Etiam non est eget leo luctus bibendum. Integer pretium, odio at scelerisque congue.