Tuesday 24 July 2012

Seminar Pemerkasaan Umat dan Pelancaran Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam ramadan al-mubarak kepada semua pengunjung blog IIC.

InsyaAllah, pada tanggal 28 Julai 2012 bersamaan 08 Ramadan 1433 Hijrah, ABIM Negeri Sabah, juga di bawah program IIC akan mengadakan satu Seminar Pemerkasaan Umat: Memartabatkan Keinsanan Rakyat.

Seminar ini akan dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman selaku Naib Presiden WADAH Kebangsaan.

Seminar ini juga dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah serta Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sendiri.

Disamping penganjuran seminar, dalam masa yang sama ABIM juga akan melancarkan Program Sinar Ramadan 1433H Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma pada majlis yang sama.

Ayuh kita bersama-sama memeriahkan majlis ilmu sebegini. Dijemput hadir kepada semua, ke Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Likas, seawal jam 8.00 pagi. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran semua. Terima kasih.

*Sijil disediakan kepada peserta dan masuk adalah percuma.





Monday 9 July 2012

Kenyataan Akhbar Harian Ekspres


Kota Kinabalu : Sempena bulan Ramadhan 1433H Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah sekali lagi rasa terpanggil untuk melancarkan Program Sinar Ramadhan, Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma khusus untuk membantu fakir miskin, yatim piatu, golongan muallaf serta mereka yang tidak berkemampuan. 

Kempen ini berjalan sepanjang bulan Ramadhan dengan kaedah orang ramai menghulurkan sumbangan kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan melalui ABIM sebagai perantaranya dan badan yang akan mengagihkan sumbangan tersebut," kata Yang Dipertua ABIM, Dr. Abdullah Bade dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, Khamis.
 
Menurutnya, signifikannya kempen itu dalam membantu golongan sasar adalah, sekampit beras sebagai simbolik keperluan harian dan makanan asas bagi setiap keluarga. Manakala kurma sebagai tanda kesyukuran kehadiran Ramadhan al Mubarak yang disambut oleh semua umat Islam diseluruh dunia.
 
"Program sebagai  iltizam dan semangat kepada semua penggerak ABIM Negeri Sabah melaksanakan tugas sebagai NGO yang berperanan membantu masyarakat setempat dan golongan yang memerlukan"
 
Sesungguhnya, amalan bersedekah adalah amalan yang sangat mulia kerana ia menggambarkan wujudnya ibadah yang prihatin dalam hubungan antara sesama manusia (‘hablun minan naas’). Dengan sedekah jugalah kita dapat membantu sesama manusia yang memerlukan serta dalam keadaan serba kekurangan.
 
Sumbangan daripada orang ramai boleh diberikan dalam bentuk wang ringgit, kurma atau kampit beras serta sumbangan berbentuk keperluan harian. Bagi mereka yang mahu memberi sumbangan tetapi berada pada jarak yang jauh, sumbangan beras dan kurma boleh ditukarkan kepada wang ringgit, dengan jumlah RM30.00 untuk sekampit beras dan RM10.00 untuk sekotak kurma.
 
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung terus di talian pejabat ABIM 088-234345, ataupun menghubungi En. Jaafar 016-8401894, Wan Zainuddin 013-8674596, Dg. Uziah 019-8317876 dan Hajah Ariadi 019-8628549.


Harian Ekspres, Jumaat, 6 Julai 2012. (muka surat 7)

Tuesday 3 July 2012

Program Sekampit Beras

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena bulan Ramadhan khususnya dan bulan-bulan lain secara amnya, ABIM dibawah IIC rasa terpanggil untuk melaksanakan Program Sekampit Beras Sekotak kurma dan Infaq ke Tabung Prihatin ABIM Sabah.

Ia adalah salah satu program Prihatin ABIM kepada golongan fakir dan miskin di samping membantu golongan kawasan pendalaman, mangsa kebakaran, anak yatim dan mereka yang ditimba musibah lain.

Program ini dilansungkan secara berterusan, namun ditekankan terutamanya pada bulan Ramadhan.

Antara objektif pelaksanaannya ialah :
  1. Membantu golongan sasar bagi mengurangi musibah yang dialami.
  2. Menyantuni golongan asnaf dan memberi kesedaran serta motivasi membangunkan potensi diri.
  3. Salah satu usaha menggalakkan orang ramai menyumbang untuk kebajikan.


Program Masjid Tour

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Program Masjid Tour juga adalah takwim yang dirancang sebagai salah satu program Kursus menyampaikan maklumat tentang Islam kepada para pelancong yang berkunjung ke masjid.

Program ini berlokasi di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, selama 3 hari bermula pada 3 hingga 5 Oktober 2011, 8.00pagi-5.00petang.

Antara objektif yang telah digariskan ialah :

  1. Memberi latihan, kefahaman dan kemahiran kepada pemandu pelancong masjid tentang teknik berdakwah kepada pelancong yang berkunjung ke masjid di samping memberi berkongsi maklumat tentang Islam dan masjid.
  2. Melahirkan sukarelawan yang mampu menjadi pemandu pelancong masjid yang profesional dan berkompetensi dalam penyampaian ajaran Islam kepada pengunjung yang bukan Islam untuk mengenali dan memahami Islam.
  3. Menguruskan dan mengendalikan program-program latihan dan kemahiran lanjutan untuk mengukuhkan lagi kompetensi dalam dakwah melalui pelancongan masjid.



Program Penghayatan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Antara program yang dilaksanakan di bawah IIC ialah Program Penghayatan Ramadhan yang juga merupakan salah satu program pengisian saudara baru yang berlansung di Kg. Tinantuan dan Kg. Muringan.

Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2002 sehingga kini. Terkini pelaksanaannya pada 13 dan 14 Ogos 2011 yang lalu bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Antara objektif pelaksanaannya ialah :

  1. Membina kesedaran dalam diri generasi muda akan kepentingan mempertingkatkan penghayatan dan pengamalan amalan-amalan wajib dan sunat di sepanjang bulan Ramadhan.
  2. Membumikan dan memperkasakan kefahaman kefahaman terhadap al-Qur'an dalam kalangan generasi muda.
  3. Mengaplikasikan segala perkara asas yang ada pada bulan Ramadhan untuk memperkukuhkan kefahaman dan pengamalan Islam sebagai satu cara hidup.


Program IQRA'



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat pengetahuan pengunjung blog, di bawah gerak kerja pengisian saudara baru IIC, program IQRA' telah dilancarkan sejak bulan Disember 2011, dan berlanjutan sehingga bulan Februari, April sehingga Julai 2012.

Program ini telah dilaksanakan di Kg. Pandiwan Nabawan, Sabah dan mengambil masa selama 3 hari 2 malam pada setiap program yang dijalankan.

Antara objektif pelaksanaan program IQRA' ialah :

  1. Membantu masyarakat setempat dari aspek pendidikan anak-anak dan keluarga terutamanya dalam hal-hal fardhu ain.
  2. Membina potensi serta menanam sikap prihatin pada siswazah dalam khidmat sosial.
  3. Membina ikatan silaturrahim dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat.


Sunday 1 July 2012

Kempen Sekampit Beras, Sekotak Kurma dan Infaq ke Tabung Prihatin ABIM


"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

    Sempena bulan Ramadhan 1434H, ABIM Sabah sekali lagi melancarkan kempen sekampit beras sekotak kurma khusus untuk membantu fakir miskin dan mereka yang tidak berkemampuan dengan menghulurkan bantuan daripada orang ramai sumbangan berbentuk keperluan harian. Sekampit beras sebagai sembolik keperluan harian dan makanan asas bagi setiap keluarga. Manakala kurma sebagai tanda kesyukuran kehadiran Ramadhan al Mubarak yang disambut oleh semua umat Islam diseluruh dunia.

      Oleh itu sempena kempen ini kami amat mengalu-alukan sokongan dan sumbangan bermakna dari semua lapisan masyarakat bagi menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Semoga Ramadhan kali ini tidak sia-sia bagi kita semua dan InsyaAllah segala amalan kita semua mendapat keredhaan Allah SWT.

      Sedekah adalah termasuk amalan yang sangat mulia kerana ia menggambarkan wujudnya ibadah yang prihatin dalam hubungan antara sesama manusia (‘hablun minan naas’) dan dengan sedekah itulah kita dapat membantu sesama kita yang memerlukan serta dalam keadaan serba kekurangan.
                  
      Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang  bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).

    Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka.

Renungan :

“Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir benih dan daripada setiap butir, tumbuh pula 100 butir benih. Allah melipatgandakan  ganjaran bagi sesiapa yang dikehendakinya. Allah maha luas kurniahnya lagi maha mengetahui”. (Surah al-Baqarah ayat 261)

Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi kami seperti .

*Laman Facebook : iicabim@gmail.com / Blog : http://iicabim.blogspot.com/


ALAMAT PUSAT PENGUMPULAN SUMBANGAN

SEKRETARIAT ABIM SABAH
LOT 28 TINGKAT 1 LORONG GRACE SQUARE JLN PANTAI SEMBULAN 88100 KOTA KINABALU SABAH.

TEL : 088-234345 (PEJABAT),
H/P: 016-8401894 (JAAFAR)
H/P: 019-8317876 (DAYANG),
H/P:019-8628549 (HJH ARIADI)

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk barangan(beras dan kurma) atau tunai/cek/wang pos atas nama Tabung Prihatin ABIM no akaun  10016010081157 Bank Islam Malaysia Berhad atau hantar terus ke alamat tertera di sebelah
*Sebagai Rekod  pihak kami sila poskan ke alamat yang tertera atau fakskan borang sumbangan ke no : 088-212080 / 088-232237.

Gambar di bawah ini ialah sampel risalah yang juga akan disebarkan kepada orang ramai nanti. Moga-moga berita ini disebarkan untuk sama-sama kita membantu golongan yang memerlukan. 









Pengenalan IIC

Nabi bersabda “Muslim itu saudara bagi muslim (yang lain) beliau tidak menzaliminya dan tidak (pula) menipunya. Sesiapa yang menunaikan keperluan saudaranya Allah akan menunaikan keperluannya. Siapa yang melapangkan kesusahan dari seorang muslim, Allah akan melapangkan kesusahan dari kesusahan-kesusahan akhirat” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).


Islamic Information Centre (IIC), merupakan salah satu unit dibawah ABIM negeri Sabah, ditubuhkan bertujuan menyedia, memberi serta menyalurkan maklumat mengenai asas-asas kefahaman Islam kepada masyarakat Islam amnya dan khususnya saudara baru di negeri Sabah.  Di bawah IIC, pelbagai program dirancang bagi memberi pengisian ilmu serta maklumat berguna kepada masyarakat dan saudara baru dalam meniti kehidupan beragama yang lebih sempurna. 


       IIC beroperasi sementara dipejabat ABIM Sabah dengan memberi khidmat bimbingan, kauseling dan pencarian maklumat. Dilapangan dakwah, IIC turun ke kawasan pendalaman di kampong-kampong yang terpilih dengan majority penduduknya adalah mualaf. Selain memberi panduan asas serta menguji kefahaman tentang Islam, program yang dilaksanakan juga menyediakan ruang berdialog dan kerjasama berterusan agar hubungan berkekalan serta maklumat dan perkembangan saudara baru diketahui dari semasa ke semasa.

Sehingga kini beberapa kawasan pendalaman yang telah diharungi bagi bertemu dengan Saudara Baru, telah memberi sedikit sebanyak pengalaman dan input-input berguna untuk IIC bergerak lebih berstrategik serta berkesan dalam menyampaikan informasi mengenai Islam. Sambutan terhadap program yang di anjurkan ini amat menggalakkan dan memberangsangkan. Permintaan untuk terus IIC berprogram dan berkongsi ilmu serta menghidupkan budaya ilmu, oleh penduduk kampong amat tinggi sekali, ini menunjukkan mereka sungguh memerlukan bantuan dan dahagakan ilmu. Namun keadaan dan kemampuan IIC untuk bergerak agak terbatas kerana kenkangan kos dan masa yang terhad. Oleh itu pihak IIC cuba mencari penyumbang dana bagi kami membiayai projek ini demi manfaat masyarakat Islam jauh di pendalaman.


Semoga usaha murni ini mendapat sokongan berterusan dari semua pihak dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan seruhan Al Quran agar bantu membantu mengerjakan Kebaikan dan Ketakwaan. Usaha ini diharapkan memberi impak kepada peserta, dan berkesinambungan agar Islam terus diamal dalam kehidupan seharian.  




OBJEKTIF IIC

a.   Menubuhkan sebuah pusat informasi kepada masyarakat sekitar mengenai Islam dan isu-isu yang berkaitan.

b.   Memberi perkhidmatan bimbingan dan kuanseling kepada yang memerlukan khusus dalam perkara berkaitan pemahaman keagamaan.

c.   Memberi ruang dan peluang kepada penduduk luar bandar mendapat kelas-kelas bimbingan agama secara percuma, serta menghidupkan budaya ilmu dikalangan masyarakat.                                                    

d.   Memberi kesedaran dan pemahaman beragama dikalangan masyarakat Islam (saudara baru) serta menjadikan amalan harian berpandukan ajaran Islam.

e.   Mendapatkan maklumat dan data asas mengenai kefahaman serta keperluan saudara baru di kawasan.


Friday 29 June 2012

Pelancaran blog IIC ABIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk pengetahuan pembaca, blog Islamic Information Centre (IIC) ini telah dibuat pada tanggal 29 Jun 2012.

Blog ini sendiri akan dikelola secara langsung oleh sekreteriat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan negeri Sabah.

Ada beberapa tujuan pewujudan blog IIC ini, antaranya ialah memudahkan perkongsian penyampaian informasi agama melalui teknologi internet, disamping memudahkan para pengunjung untuk mendapat beberapa maklumat penting berkenaan aktiviti yang dianjurkan oleh sekreteriat ABIM sendiri.

Di samping itu, blog IIC ini juga mengalu-alukan perkongsian informasi daripada pengunjung/pembaca blog IIC. Kaedahnya mudah, pengunjung hanya perlu menghantar informasi tersebut di alamat emel IIC (iicabim@gmail.com) untuk tujuan pengeditan oleh sekreteriat sebelum dikeluarkan di blog IIC. 

Informasi yang dikongsikan adalah berbentuk universal, asal sahaja mematuhi etika tidak menyentuh isu-isu sensitif. Tetapi, keutamaan informasi adalah berunsur agama dengan tujuan metod mengangkat tema dan konsep blog ini sebagai medium dakwah.

Akhir kalam, semoga blog IIC ini memberi manfaat terhadap usaha penyebaran dakwah dan meraih sambutan daripada pembaca untuk keluaran informasi yang akan disiarkan kelak.

Untuk lebih lanjut boleh menghubungi sekreteriat ABIM sendiri. Informasi dan entri-entri yang bakal dikeluarkan melalui blog IIC juga akan dimuatkan di halaman Facebook IIC ABIM (https://www.facebook.com/pages/Islamic-Information-Centre/440894139278255).

Sekian dan terima kasih.

Wallahu'alam.
image

Lorem ipsum dolor sit

Aliquam sit amet urna quis quam ornare pretium. Cras pellentesque interdum nibh non tristique. Pellentesque et velit non urna auctor porttitor.

image

Nunc dignissim accumsan

Vestibulum pretium convallis diam sit amet vestibulum. Etiam non est eget leo luctus bibendum. Integer pretium, odio at scelerisque congue.