Sunday 1 July 2012

Kempen Sekampit Beras, Sekotak Kurma dan Infaq ke Tabung Prihatin ABIM


"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

    Sempena bulan Ramadhan 1434H, ABIM Sabah sekali lagi melancarkan kempen sekampit beras sekotak kurma khusus untuk membantu fakir miskin dan mereka yang tidak berkemampuan dengan menghulurkan bantuan daripada orang ramai sumbangan berbentuk keperluan harian. Sekampit beras sebagai sembolik keperluan harian dan makanan asas bagi setiap keluarga. Manakala kurma sebagai tanda kesyukuran kehadiran Ramadhan al Mubarak yang disambut oleh semua umat Islam diseluruh dunia.

      Oleh itu sempena kempen ini kami amat mengalu-alukan sokongan dan sumbangan bermakna dari semua lapisan masyarakat bagi menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Semoga Ramadhan kali ini tidak sia-sia bagi kita semua dan InsyaAllah segala amalan kita semua mendapat keredhaan Allah SWT.

      Sedekah adalah termasuk amalan yang sangat mulia kerana ia menggambarkan wujudnya ibadah yang prihatin dalam hubungan antara sesama manusia (‘hablun minan naas’) dan dengan sedekah itulah kita dapat membantu sesama kita yang memerlukan serta dalam keadaan serba kekurangan.
                  
      Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang  bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).

    Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka.

Renungan :

“Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir benih dan daripada setiap butir, tumbuh pula 100 butir benih. Allah melipatgandakan  ganjaran bagi sesiapa yang dikehendakinya. Allah maha luas kurniahnya lagi maha mengetahui”. (Surah al-Baqarah ayat 261)

Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi kami seperti .

*Laman Facebook : iicabim@gmail.com / Blog : http://iicabim.blogspot.com/


ALAMAT PUSAT PENGUMPULAN SUMBANGAN

SEKRETARIAT ABIM SABAH
LOT 28 TINGKAT 1 LORONG GRACE SQUARE JLN PANTAI SEMBULAN 88100 KOTA KINABALU SABAH.

TEL : 088-234345 (PEJABAT),
H/P: 016-8401894 (JAAFAR)
H/P: 019-8317876 (DAYANG),
H/P:019-8628549 (HJH ARIADI)

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk barangan(beras dan kurma) atau tunai/cek/wang pos atas nama Tabung Prihatin ABIM no akaun  10016010081157 Bank Islam Malaysia Berhad atau hantar terus ke alamat tertera di sebelah
*Sebagai Rekod  pihak kami sila poskan ke alamat yang tertera atau fakskan borang sumbangan ke no : 088-212080 / 088-232237.

Gambar di bawah ini ialah sampel risalah yang juga akan disebarkan kepada orang ramai nanti. Moga-moga berita ini disebarkan untuk sama-sama kita membantu golongan yang memerlukan. 









0 comments:

Post a Comment

image

Lorem ipsum dolor sit

Aliquam sit amet urna quis quam ornare pretium. Cras pellentesque interdum nibh non tristique. Pellentesque et velit non urna auctor porttitor.

image

Nunc dignissim accumsan

Vestibulum pretium convallis diam sit amet vestibulum. Etiam non est eget leo luctus bibendum. Integer pretium, odio at scelerisque congue.